Hello kepada semua pengguna blogger, jika anda berminat dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, saya sarankan anda mengambil sedikit masa lapang untuk menambah pengalaman anda dengan mendaki Gunung Kinabalu yang terletak di negeri bawah bayu iaitu di Sabah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Gunung Kinabalu ini anda boleh membaca sedikit sejarah Gunung Kinabalu yang saya telah kongsikan dalam blog ini.
|
Pemandangan Gunung Kinabalu jika dilihat dari jauh. |
|
Puncak Gunung Kinabalu,Sabah
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di platetonik benua India, sementara Puncak Jaya,Puncak Trikora dan Puncak Mandata pula terletak di benua Oseania. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokap bukit,hutan dipterokap atas,hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu juga merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu ini merupakan salah satu gunung yang terkenal dan juga merupakan tarikan pelancong dari luar negara.
|
I want to go to Sabah 😘😘😘
ReplyDeletePerkongsian yg menarik..
ReplyDeletePerkongsian yg menarik..
ReplyDeleteNice..satu hari nnti mau juga naik gunung kinabalu hehehehe
ReplyDeleteAku nda pernah daki gunung kk .. Tp teringin juga .. Siok ooo tgk
ReplyDeleteWah teringin nak naik gunung kinabalu
ReplyDeletewow.. saya suka daki-daki gunung ni.. nanti mau mendaki gunung ramai-ramai la dengan kawan-kawan..
ReplyDeletejommm..
satu hari pasti dapat..gunung kinabalu tunggu saya datang..
ReplyDeleteTeringin sangat nak naik gunung kinabalu.
ReplyDeleteSya mau jga bah naik itu gunung..
ReplyDelete